Diasaskan oleh beberapa pemuda kelahiran ‘utagha’ tanah air, Budak Utagha Crew’z (BUC’z) yang memasang cita-cita besar dalam dunia perniagaan tanah air mengharapkan doa dan sokongan sekalian pengunjung agar usaha kami ini akan terus berkembang dalam rahmat Ilahi.

About Us

Diasaskan oleh Mohd Faiz, Razin dan Ahmad Farhan, krew Budak Utagha (BUC’Z, baca: Budak Utagha Crew’z) secara keseluruhannya memasang impian yang sama untuk turut menyumbang dalam memacu pembangunan ekonomi Melayu-muslim di bumi Malaysia ini. Ianya tampak mustahil jika diukur dengan ilmu yang ada, namun setiap krew Budak Utagha sentiasa optimis memburu matlamat tersebut.

Memilih untuk memulakan langkah dengan menceburi perniagaan berasaskan industry fesyen dan pakaian, BUC’Z berazam untuk terus konsisten melangkah dengan beberapa plan tindakan yang telah dirancang rapi untuk mengejar misi dan visi syarikat.

Misi

Memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pelanggan dengan berpegang kepada slogan
"Your Desire is Our Commitment"

Visi

Menjadi sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam setiap cabang industri.